Ads Top

Main Ad

Berang Hutang Tak Bayar, Wanita Ini Buat Upacara Ilmu Hitam Depan Rumah Penghutang

Gara-gara sudah lelah menagih hutang, sebuah video memaparkan tindakan seorang wanita melakukan ritual ilmu hitam di rumah penghutang ternyata telah menjadi tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada warga maya.

Advertisement

Kejadian yang dipercayai berlaku di Thailand ini difahamkan melibatkan seorang wanita yang dikenali sebagai H di mana dia dilihat memakai gaun putih dan hadir ke rumah penghutang tersebut dengan beberapa orang rakannya.

ThailandSumber : Google  

Dia juga turut membawa emas, bunga dan makanan sebelum membentangkan tikar di hadapan rumah individu tersebut dan kemudiannya duduk bersila serta membaca jampi serapah dipercayai untuk memanggil makhluk ghaib.

Namun begitu, upacara tersebut terhenti apabila petugas keselamatan tiba dan memintanya untuk berhenti berbuat demikian.

“Saya sangat tidak bahagia, saya akan kembali menuntut hutang saya.” jerit wanita itu.

Advertisement
ThailandSumber : Google  

Setelah itu, seorang lelaki yang dipercayai penghutang wanita tersebut kemudian datang mendekati dan memintanya untuk pulang.

Netizen yang melihat aksi dasyat tersebut rata-rata berpendapat bahawa ia bukanlah cara yang betul untuk meminta hutang kerana sedikit sebanyak telah mengganggu ketenteraman awam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Berang Hutang Tak Bayar, Wanita Ini Buat Upacara Ilmu Hitam Depan Rumah Penghutang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.