Ads Top

Main Ad

Berhijab Bukan Penghalang Buat Vicha Melawak Di Pentas MLM2021

Setelah beberapa kali menyertai pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021), kini pelawak Vicha Saywho pertama kali menampilkan imej barunya yang berhijab di pentas tersebut. Dia berkata penampilannya itu sama sekali bukan menjadi penghalang untuk dia berkarya sepanjang menyertai pertandingan realiti itu.

Advertisement

Vicha atau nama sebenar Refika Novianti Faturohman berkata meskipun sudah menutup aurat, dia masih individu yang sama kerana tujuannya berada dalam industri seni adalah untuk menghiburkan peminat.

Pelawak kelahiran Indonesia itu turut menyatakan bahawa dia agak gementar dengan penerimaan penonton MLM2021 memandangkan ini kemunculan pertamanya di pentas selepas berhijab.

Advertisement

Walaupun dah berhijab tapi saya tetap Vicha yang sama dan saya rasa tiada masalah untuk lakukan apa sahaja lakonan kerana hijab bukan membataskan semuanya.

 

Vicha Saywho

Pelakon Yo Lah Tu! itu mengakui sejujurnya dia berasa takut pada awalnya untuk berhijab kerana memikirkan pekerjaannya sebagai pelawak dan risau jika susah untuk mendapatkan tawaran kerja pada masa akan datang.

Alhamdulillah selepas berhijab saya dapat banyak tawran lain, program TV mula panggil, rezeki lebih sekarang ni. Saya yakin Allah lebih tahu niat saya.

Vicha, 32, menyertai kumpulan Puteh bersama Ali dan Mamak dalam Maharaja Lawak Mega musim kesembilan itu. Dia juga turut berkata rezekinya semakin luas selepas mengambil keputusan untuk berhijab sejak awal Ogos lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Berhijab Bukan Penghalang Buat Vicha Melawak Di Pentas MLM2021 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.