Ads Top

Main Ad

Bersikap Biadap Dengan Peminta Sedekah, Baim Wong Dikecam Netizen

Pelakon kelahiran Indonesia Baim Wong baru-baru ini dikecam netizen gara-gara dia bersikap biadap dengan peminta-peminta sedekah yang meminta wang daripadanya di pinggir jalan.

Advertisement

Kejadian tersebut telah dirakam orang ramai dan video rakaman tersebut telah tular dalam media sosial sehingga nama Baim Wong menjadi trending di Twitter. Ramai yang menganggap sikap yang ditunjukkan oleh Baim itu seakan terlalu angkuh semata-mata kerana enggan memberikan wang kepada peminta sedekah.

Kelakuan Baim, 40, juga dianggap tidak kena pada cara kerana dia kemudiannya turut dilihat memberikan teguran kepada peminta-peminta sedekah itu agar berhenti mengemis dan mula bekerja.

Baim Wong

Baim atau nama sebenar Muhammad Ibrahim sedar bahawa perkara tersebut menjadi perbualan ramai, Baim tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi akaun Instagramnya semalam.

Advertisement

Saya sedang berjalan dan dia pula semakin menghampiri. Itu membahayakan apatah lagi ketika itu, saya sedang membawa anak.

Pelakon filem Layla Majnun itu berkata peminta sedekah itu meminta wang dengan cara yang tidak sopan dan berteriak kepadanya. Baim yang akui berasa kesal dengan perbuatan tersebut meneruskan perjalanannya ke rumah.

Saya banyak sangat menemukan orang yang anti pengemis. Saya tak suka orang jadikan kelemahan mereka itu untuk minta wang daripada saya

Penjelasan Baim itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang memahami situasi pelakon tersebut namun ada juga yang tetap mengecam dan mendakwa Baim sekadar memberi alasan bagi menutup kebiadapannya terhadap orang yang kurang bernasib baik.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Bersikap Biadap Dengan Peminta Sedekah, Baim Wong Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.