Ads Top

Main Ad

“Bila Dia Sentap Dengan Teguran Ambe, Itu Tanda Masih Ada Iman” – PU Syed

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menjawab kenyataan balas yang diberikan usahawan, Liana Rosli terhadap tegurannya. Dalam respon itu, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM berkata pendakwah ini tidak wajar mengambil kerja Tuhan dalam menjatuhkan hukum.

Tidak hanya mendiamkan diri, PU Syed menerusi sebuah hantaran di Instagram memohon usahawan berkenaan segera berubah. Katanya, apabila Kak KM tersinggung dengan teguran yang dibuat, itu bermakna masih ada iman di dalam dirinya.



Advertisement

if (vUrlCheck ){ console.log("no BN_MRec_InArticle_1"); }else{ googletag.cmd.push(function() { gptAdSlots[5] = googletag.defineSlot("/16069941/BN_MRec_InArticle_1", [[300, 100], [468, 60], [320, 100], [320, 50], [336, 280], [300, 250], [728, 90]], "div-gpt-ad-1609306205314-0").addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().disableInitialLoad(); googletag.enableServices(); googletag.display("div-gpt-ad-1609306205314-0"); }); }

Jelas pendakwah ini lagi, dia terpaksa membuat teguran secara terbuka kerana kesalahan yang dibuat juga secara terbuka.

Ambe tegur dia kata mengaibkan dia. Dah selama ini mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tidak?

Malah, dia juga tidak memerlukan sebarang penghormatan daripada usahawan itu. Cukuplah baginya Allah SWT menyaksikan bahawa antara salah dan benar itu adalah nyata.

Terdahulu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak mendakwa sudah beberapa kali menegur usahawan sensasi ini namun teguran tidak membuahkan hasil. Apa yang mampu dilakukan hanyalah berdoa semoga dia segera berubah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Powered by Blogger.