Ads Top

Main Ad

Buat ‘Content’ Tengah Jalan Raya Sampai Menyusahkan Orang Awam, Pelakon Baru Dikatakan Lapar Perhatian

Meskipun dikecam hebat oleh netizen sebelum ini, nampaknya belum ada bait-bait penyesalan dirasai oleh personaliti media sosial yang kini bergelar pelakon baru.

Advertisement

Khabarnya, pelakon tersebut telah mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen apabila dia dilihat bersusah payah membuat ‘content’ di tengah jalan raya pula.

Aisar KhaledSumber : Google  

Menurut satu laporan portal hiburan, kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah pusat membeli belah terkenal di Shah Alam.

Dalam video tersebut, pelakon tersebut dirakam sedang membuat babak lakonan di tengah jalan raya di saat banyak kenderaan sedang keluar masuk dari pusat membeli belah tersebut.

Advertisement

Sudahlah tidak memakai pelitup muka, malah kereta milik pelakon yang dipandu rakannya itu dikatakan turut dipandu laju sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Terdahulu, dia sebelum ini dikecam hebat berikutan ‘content’ yang sensitif setelah melawat kubur seorang penyanyi yang telah meninggal dunia dengan menawarkan wang kepada pengikutnya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Buat ‘Content’ Tengah Jalan Raya Sampai Menyusahkan Orang Awam, Pelakon Baru Dikatakan Lapar Perhatian first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.