Ads Top

Main Ad

“Budaya Ni Perlu Diterapkan” – Zulin Aziz Gembira Tengok Video PM Layan Budak-Budak Makan Di R&R

Artis versatil, Zulin Aziz memuji tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melayan keletah dua kanak-kanak berbangsa India menjamu selera di pondok kawasan Rehat & Rawat (R&R), Lebuhraya Kajang-Seremban semalam.

Advertisement

Dalam hantaran yang diulang-siar di Instagramnya, Zulin menyifatkan tindakan itu melambangkan konsep perpaduan sebagai Keluarga Malaysia.

Zulin happy sangat bila tengok video PM luang masa sekejap walaupun sibuk dengan kerja. Seolah tiada jurang antara kita, budaya sebegini yang perlu diterapkan apabila dilantik sebagai pemimpin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Sebelum ini, hantaran video Ismail Sabri berpakaian jersi Hari Sukan Negara (HSN) 2021 yang singgah secara spontan di kawasan R&R itu telah mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap membumi Ismail Sabri yang mengambil tahu keadaan rakyat ketika ini dan ianya wajar dicontohi pemimpin lain.

Ini yang kita mahukan!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Budaya Ni Perlu Diterapkan” – Zulin Aziz Gembira Tengok Video PM Layan Budak-Budak Makan Di R&R first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.