Ads Top

Main Ad

Cantik Dan Ayu! Adakah Ini Isteri Baharu Fizo Omar?

Semalam, ramai yang terkejut apabila pelakon, Fizo Omar memuat naik sebuah hantaran foto di Instagramnya berpakaian baju melayu serba putih seolah-oleh memberi bayangan sudah menamatkan zaman dudanya.

Advertisement

Terbaharu, sebuah pemegang akaun Instagram yang menggunakan nama @fazeeranazriaz telah menarik perhatian netizen apabila dua keping gambar yang dimuat naik oleh wanita tersebut berbusana pengantin dipercayai merupakan isteri baharu Fizo.

Bahkan, akaun Instagram tersebut turut menggunakan gambar pelakon itu berbaju melayu berwarna putih bersama anaknya, Wan Maryam seperti yang telah dikongsikan oleh Fizo menerusi Instagramnya, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FFazz (@fazeeranazriaz)

Advertisement

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh wanita tersebut, kelihatan seorang lelaki tanpa menunjukkan wajah sedang menyarung cincin ke jarinya dengan kapsyen menunjukkan tanda syukur.

Dalam pada itu, akaun yang turut tertera nama Fizo Faz pada ruangan bio wanita itu juga mengikuti akaun rasmi pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa tersebut.

Isteri baru fizo omar

Sebelum ini, Fizo membuat pengikutnya tertanya apabila beliau memuat naik sebuah foto berpakaian baju melayu warna putih bersama anaknya sehingga menjadi persoalan sama ada dia sudah melangsungkan pernikahannya malam semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Cantik Dan Ayu! Adakah Ini Isteri Baharu Fizo Omar? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.