Ads Top

Main Ad

“Cantik Sangat Dengan Gaun Merah Tu..” – Peminat Teka Uqasha Dan Kamal Nikah Minggu Ini

Pelakon popular Kamal Adli dan Uqasha Senrose dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan mereka pada minggu ini. Perkara itu semakin menarik perhatian netizen di sosial media terutama selepas Uqasha memuat naik video perkongsian majlis parti bujangnya di Instagram.

Advertisement

Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mengenakan busana gaun kembang beropol berwarna merah ketika mengadakan majlis tersebut. Manakala ahli keluarga dan rakan rapat pula mengenakan pakaian serba hitam.

Uqasha Senrose

Dalam majlis parti bujang yang bertemakan gaya Sepanyol itu, Uqasha, 29, kelihatan anggun bergambar di sebuah pelamin mini yang direka khas untuk majlis tersebut.

Menerusi perkongsian video itu, antara selebriti yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Nelydia Senrose, Aprena manrose, dan Nadiyah Shahab.

Advertisement

Walaupun Uqasha dan Kamal masih merahsiakan tarikh hari bahagia mereka sehingga hari ini, ramai peminat menduga bahawa majlis pernikahan mereka bakal berlangsung pada minggu ini.

Baru-baru ini, Uqasha juga dilihat mengadakan majlis bridal shower yang meraikan bakal pengantin bersama adik-beradik dan sepupunya di sebuah restoran terkemuka.

Hubungan cinta antara Uqasha dan Kamal mula menjadi perhatian peminat selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik

The post “Cantik Sangat Dengan Gaun Merah Tu..” – Peminat Teka Uqasha Dan Kamal Nikah Minggu Ini first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.