Ads Top

Main Ad

Comel Betul! Hampir Setahun Berkahwin, Sam Bunkface Perkenal Cahaya Mata Baru

Vokalis kumpulan muzik Bunkface, Sam telah memperkenalkan anak hasil perkahwinan keduanya bersama dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

Advertisement

Berita gembira tersebut dikongsikan Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Bin Mohd Baharom,34, menerusi sebuah hantaran Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Bayi lelaki yang tidak dinyatakan umurnya itu telah diberi nama Idris Bin Shamsul Annuar.

“Salam Jumaat semua! Ucap Hello kepada Idris Bin Shamsul Annuar!” tulisnya di bahagian kapsyen foto tersebut.

Dalam hantaran tersebut, Sam juga meletakkan tanda pagar #Alhamdulillah dan #doakanyangbaikbaik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata yang comel itu.

Terdahulu, Sam dan Puteri Eifa telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2020. Sam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aida Azira Hussin,33, pada April 2015 namun bercerai hujung Januari 2019.

Hasil perkahwinan pertama dahulu, Sam dan bekas isteri dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Maleeq yang kini berusia tiga tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Comel Betul! Hampir Setahun Berkahwin, Sam Bunkface Perkenal Cahaya Mata Baru first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.