Ads Top

Main Ad

Comel! Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan, Ramai Peminat Sebak

Comel sungguh,  penantian peminat nampaknya untuk melihat bayi kesayangan ramai, Ayash Affan akhirnya berakhir apabila Shuib telah mendedahkan wajah si kecil itu di Instagram miliknya, sebentar tadi.

Advertisement

Kelihatan sihat walafiat dan tembam, Shuib merakam video pendek gelagat Ayash yang sedang tidur di katil bayi untuk tatapan peminat.

Manakala di akhir video tersebut, Shuib turut meletakkan foto dirinya bersama isteri, Allahyarhamah Siti Sarah sebagai penutup video.

“Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shahmira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib di bahagian kapsyen video tersebut.

Ternyata, video tersebut turut mengundang perasaan sebak kerana ia sememangnya dinanti bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah rakan-rakan artis.

Rata-ratanya tampil mendoakan agar Ayash membesar dengan baik dan menjadi anak soleh buat kedua ibu-bapanya.

Advertisement

Terdahulu, Shuib dilaporkan telah membawa pulang Ayash Affan yang sebelum ini berada dalam pemantauan pihak hospital.

Si kecil itu akhirnya pulang ke pangkuan keluarga pada hari ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah, 15 September lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Comel! Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan, Ramai Peminat Sebak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.