Ads Top

Main Ad

Cuba Nasib Masuk Kelantan Walau Tak Lengkap Vaksin, Satu Keluarga Diarah Berpatah Balik Oleh Polis

Semalam merupakan hari pertama pembukaan sempadan negeri lalu berpusu-pusulah rakyat menggunakan peluang yang ada untuk pulang ke kampung dan juga melancong bersama keluarga.

Advertisement

Namun begitu, masih ada yang melanggar syarat rentas negeri iaitu mesti lengkap divaksinasi dan semalam media tempatan telah melaporkan terdapat satu cubaan daripada seorang individu bersama keluarganya untuk pulang ke negeri Kelantan meskipun tidak lengkap dua dos vaksin.

ShafienSumber : Google  

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, individu tersebut bersama ahli keluarganya telah ditahan di sempadan Terengganu-Kelantan Bukit Yong, semalam setelah mendapati dirinya masih tidak lengkap dua dos vaksin.

Di SJR Bukit Yong, telah dikesan mereka yang tidak lengkap dua dos vaksin. Baru terima satu dos sudah cuba nak balik (masuk ke Kelantan) dan kita arahkan supaya berpatah balik.

Maklum Shafien lagi, sebanyak 154 pasukan pemantau telah ditubuhkan bagi memantau pusat rekreasi restoran dan kawasan awam lain.

HighwaySumber : Google  

Beliau juga memberitahu bahawa telah berlaku peningkatan masuk kenderaan dari luar Kelantan petang semalam iaitu sekitar 20 peratus peningkatan.

Sejumlah 540 anggota polis Kelantan ditugaskan untuk menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan, turut melibatkan anggota yang memakai pakaian biasa.

Shafien dalam pada itu turut berharap agar orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk sentiasa mengikut saranan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Cuba Nasib Masuk Kelantan Walau Tak Lengkap Vaksin, Satu Keluarga Diarah Berpatah Balik Oleh Polis first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.