Ads Top

Main Ad

Dah Lepas 21 Oktober, Mana Tiger Of Al Quds Caprice?

Lama menyepi dari media sosial, penyanyi Caprice sudah hampir sebulan tidak membuaat sebarang perkongsian di media sosial Instagram miliknya.

Advertisement

Jika diikutkan, Caprice sepatutnya melancarkan single lagu terbarunya yang berjudul Tiger of Al Quds pada 21 Oktober setelah ditangguhkan dari 10 Oktober lalu.

Lagu tersebut difahamkan telah dirakamkan di Jordan dan Mesir ketika Caprice sedang dalam melengkapkan misi kemanusiaannya di Palestin yang tertunda akibat karenah birokrasi seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Menjengah ke ruangan Instagram, penyanyi lagu Baby Sayang itu kali terakhir dilihat memuat naik hantaran adalah pada 8 Oktober lalu apabila dia memberi sedikit pandangan mengenai isu gangguan seksual di pejabat.

Ia sekaligus mencetuskan perasaan tanda tanya dalam kalangan netizen yang rata-ratanya musykil dengan keberadaan Caprice pada ketika ini.

Advertisement

Malah, usaha sebuah portal media untuk menghubunginya juga menjumpai jalan buntu apabila sebarang panggilan telefon dan juga pesanan WhatsApp tidak dibalas.

Harap yang baik-baik sahajalah ya!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dah Lepas 21 Oktober, Mana Tiger Of Al Quds Caprice? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.