Ads Top

Main Ad

Dah Merasa Beg Mewah, Ada Driver Di Umur 20-an Tak Halang Ika Nabella Ceburi Bisnes

Pelakon drama Ika Nabella memaklumkan bahawa dia kini menceburi bidang bisnes kerana enggan berasa terlalu selesa dengan kehidupannya kini.

Advertisement

Mengecap pelbagai kejayaan di usia yang muda, Ika berkata dia tidak mahu kemampuannya itu hanya terhenti setakat itu sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BF EXPERT – CERTIFIED (@ikanabella)

Tambahnya lagi, sepanjang 13 tahun bergelar pelakon, Ika berkata dia sempat merasa kesenangan seperti mempunyai rumah, kereta dan beg-beg mewah contohnya.

13 tahun berlakon sejujurnya saya sangat selesa dengan kehidupan dan juga kewangan saya. Saya mempunyai segalanya, lebih daripada yang diimpikan sejak kecil. Cukup. Ada kereta, rumah, mampu bercuti di luar negara, beg berjenama pun merasa. Di umur 20 tahun dah boleh gajikan driver. Yes, sederhana bagi orang kaya tapi mewah bagi Ika Nabella. Luasnya rezeki pinjaman Allah.

Perkara tersebut dikongsikan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-6 ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman sosial Instagram, baru-baru ini.

Advertisement

Ika juga berkata bahawa dia menceburi bidang perniagaan kerana ingin membantu lebih ramai orang di luar sana.

Sekadar info, Ika telah pun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Muhammad Zaid pada 30 Julai 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Noah Zayn yang kini berusia setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dah Merasa Beg Mewah, Ada Driver Di Umur 20-an Tak Halang Ika Nabella Ceburi Bisnes first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.