Ads Top

Main Ad

Dapat ‘Green Light’ Buat Majlis Kahwin, Mila Jirin Tarik Nafas Lega

Penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin akhirnya dapat menarik nafas lega apabila sektor usahawan industri sosial seperti perancang perkahwinan telah dapat dibuka semula di beberapa negeri yang bertukar ke fasa-4 bermula esok.

Advertisement

Ujar Mila, dia yang mengusahakan perniagaan perkahwinan Bizmilla telah meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali beroperasi selepas hampir dua tahun tidak dibenarkan beroperasi.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin,33, berkata pihaknya kini dalam proses mempersiapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat lebih terjamin.

Advertisement

Alhamdulillah saya di Bizmilla dan semua usahawan yang berada dalam industri sosial dapat menarik nafas lega. Industri kami akhirnya dapat dibuka setelah hampir setahun lapan bulan terkandas. Insya-Allah, kami sedang persiapkan SOP yang lebih ketat.

Tambahnya lagi, pihak Bizmilla juga menyatakan cadangan untuk meletakkan pasukan Rela bertugas bagi setiap dewan untuk menyemak status vaksin serta status terkini MySejahtera sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Dia yang sebelum ini ada meluahkan rasa kesal dan tertekan berikutan keputusan kerajaan untuk tidak lagi membenarkan majlis sosial beroperasi, sebelum ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa majlis sosial seperti perkahwinan dan kenduri kendara telah diberi kebenaran untuk diadakan bermula 18 Oktober ini bagi negeri-negeri yang berada dalam Pelan Pemulihan Negara fasa empat.

Antara negeri-negeri yang berada dalam fasa ke-4 adalah seperti Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Wilayah Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Labuan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dapat ‘Green Light’ Buat Majlis Kahwin, Mila Jirin Tarik Nafas Lega first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.