Ads Top

Main Ad

“Demi Kebahagiaan Aleesya..” – Erra Fazira Kongsi Cerita Kekuatan Lepaskan Penjagaan Anak

Perkongsian penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira mengenai kekuatan melepaskan anak perempuannya, Engku Aleesya kepada bekas suami, Engku Emran ketika bercerai pada 2014 menjentik perasaan ramai pihak.

Advertisement

Menerusi sebuah program TV yang dihoskan Amin Idris, aktres jelita itu dilihat cuba menahan perasaan ketika meluahkan perasaannya.

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk melepaskan ‘custody’ (penjagaan). Seperti yang kita semua maklum ‘custody’ itu ialah kebanyakannya milik seorang ibu. Pengalaman saya, tak guna jika bagi saya kedua-duanya berkeras, dua-dua berdegil. Akan ada seorang menjadi mangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Menurutnya, apa yang dilakukan itu semuanya ialah untuk kebahagiaan Aleesya serta keluarganya dan dia akui dia bukanlah seseorang yang suka menuding jari terhadap orang lain, jika kesalahan itu semuanya boleh diberikan kepada dirinya, dia sanggup mengambilnya.

Advertisement

Erra Fazira dan anaknya

Video dari TikTok @fashaaariana yang dimuatnaik semula di Instagram @errafazira.beautyhq ini sudah mendapat tontonan hampir 19,000 peminat setakat ini, malah ramai warganet yang memuji tindakan yang diambil Erra dalam perkara ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Demi Kebahagiaan Aleesya..” – Erra Fazira Kongsi Cerita Kekuatan Lepaskan Penjagaan Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.