Ads Top

Main Ad

Digelar ‘Attention Seeker’, Rita Rudaini Ditegur Netizen, Minta Berhenti Meroyan Isu Vaksin

Seolah tidak berkesudahan, Rita Rudaini sekali lagi menjadi hencapan netizen berikutan rentetan ‘drama’ aktres ini yang sering meluah perasaan di Instagram mengenai kecaman yang diterimanya kerana enggan menerima vaksin sebelum ini.

Advertisement

Semalam, Rita difahamkan telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial kerana memuat naik IG Story berbaur sindiran terhadap kelonggaran yang diberikan kerajaan kepada mereka yang telah lengkap vaksinasi untuk makan di restoran serta rentas negeri.

Advertisement

Setakat bagi dine-in, rentas, masuk mall..lagi apa lagi? Itu je NIKMAT yang boleh bagi? Alahai, tak hadap pun. Semua tu bukan keperluan. Tapi kalau bagi SYURGA..haa memang sistur menggelupur merentan kat rumah nangis tepi flush jamban. Itu barulah nikmat. Wahai YB/Menteri dah dah lah tu, tak semua rakyat boleh diperbodohkan.

Menerusi sebuah forum hiburan, ramai netizen mengkritik tindakan Rita yang dianggap sebagai terlalu sombong dan bongkak.

Malah, ada yang meminta Rita untuk menyediakan sejumlah wang yang banyak jika nanti dia dijangkiti wabak COVID-19 di kemudian hari serta mencari hospital ‘private’ agar tidak menyusahkan kakitangan hospital kerajaan.

Ada juga netizen yang mencadangkan agar mengabaikan dan tidak melayan karenah Rita yang dianggap suka meraih perhatian netizen.

“Perempuan kurang kasih sayang. Tak payah layan. Biar dia bercakap di Instagram seorang diri. Lagi bagi perhatian, lagi dia suka. Dasar attention seeker.” tulis seorang netizen di bahagian komen.

Terdahulu, Rita meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digugurkan daripada dua produksi penggambaran drama kerana keenggananny untuk mengambil vaksin.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Digelar ‘Attention Seeker’, Rita Rudaini Ditegur Netizen, Minta Berhenti Meroyan Isu Vaksin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.