Ads Top

Main Ad

Dikecam Selekeh Dan Kuat Makan, Baby Tora Dihina Individu Tidak Bertanggungjawab

Personaliti media sosial dan juga pengulas makanan, Beby Tora memang dikenali sebagai seorang yang gemar membuat ulasan ataupun ‘food review’ yang diterimanya di Instagram dan TikTok.

Advertisement

Meskipun mempunyai ramai pengikut, Beby Tora juga tidak pernah terlepas daripada kritikan dan soalan netizen yang berkisarkan soal zuriat.

Baru-baru ini, dia sekali lagi menerima kecaman daripada seorang individu tidak bertanggungjawab yang meninggalkan komen berbaur hinaan dan cacian.

Advertisement

Kalau mentua dia masih ada, mesti dalam hati sedih dan malu menantu selekeh dan kuat makan. Patut tak ada zuriat, tak jada pemakanan.

Dalam sebuah hantaran berbeza di TikTok miliknya, Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie mengakui dirinya berasa sedih apabila sering sahaja menerima komen negatif daripada netizen.

Meskipun enggan terlalu mengambil pusing dengan segala kritikan yang dilemparkan netizen, dia juga seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan sedih dan terluka.

Bila kerap baca komen negatif dan tak elok, saya rasa down, sedih. Orang tak tahu kita sedih seorang diri. Lagi sedih orang lain yang terlalu ambil tahu pasal saya. Komen pada saya, ‘sebab banyak makan fast food, sebab tu tak boleh ‘pregnant’ badan besar sangat sebab tu lah. Saya rasa orang tak patut pun cakap macam tu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial tampil memberi kata-kata semangat dan mendoakan perkara yang positif buat wanita itu.

Sekadar info, Beby Tora telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Muhammad Hafis Al Hafus Johari pada 11 Mac 2019 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dikecam Selekeh Dan Kuat Makan, Baby Tora Dihina Individu Tidak Bertanggungjawab first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.