Ads Top

Main Ad

Dikenali Kerana Kontroversi, Iman Troye Akui Tertekan Sering Dikecam Netizen

Sejak kebelakangan ini, sering dilihat penyanyi Iman Troye terlibat dalam beberapa kontroversi dan beliau akui kerana itu sedikit sebanyak bantu namanya naik dalam industri seni ini.

Advertisement

Bagaimanapun, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata apa yang diluahkan olehnya di laman media sosial bukan untuk meraih publisiti, sebaliknya bertujuan untuk mendekatkan diri bersama peminat sahaja.

Saya hanya menggunakan media sosial sepanjang pandemik ini untuk merapatkan diri dengan peminat dan berkongsi tentang kehidupan saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)

Apabila ditanya oleh pihak mStar tentang reaksinya ketika berdepan dengan kontroversi, penyanyi itu turut sedih mengenang tindakan sesetengah netizen yang tidak henti menghentamnya di media sosial.

Advertisement

Namun, beliau memilih untuk sentiasa berfikiran positif dan menganggap segala yang berlaku merupakan perjalanan hidupnya untuk menjadi lebih kuat di masa hadapan dalam dunia industri.

Iman Troye

Sekadar info, sebelum ini nama Iman Troye menjadi sebutan netizen apabila sering terlanjur berkongsi pandangannya di media sosial dan antaranya adalah ciapan di Twitter berkaitan dengan kenaikan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dikenali Kerana Kontroversi, Iman Troye Akui Tertekan Sering Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.