Ads Top

Main Ad

Dikerjakan Geng Basikal Sampai Lunyai, Pukul Warga Emas Dan Tinggal Tepi Jalan

Hanya kerana menegur tentang tatacara menunggang basikal yang betul di jalan raya, seorang warga emas lelaki dilaporkan telah dipukul oleh geng basikal berlagak samseng dipercayai berlaku di Subang, Selangor.

Advertisement

Perkara tersebut kemudiannya menjadi tular selepas seorang individu bernama Aizal Wariner memuat naik sebuah hantaran berbaur kekesalan dengan sikap geng basikal tersebut yang tergamak memukul seorang tua.

Difahamkan juga, warga emas itu merupakan bapa kepada Aizal.

Kau pukul bapak aku sampai macam ni, sampai lunyai orang tua korang tinggal dia je eh. Kau bawa basikal macam setan, silap jalan, pastu jeris maki suruh bapa aku ke tepi, bapa aku tegur cara bawak, lu orang tak menyabar takde borak apa-apa, terus kasi bapa aku lunyai eh.

Jelas Aizal, berlaku pertengkaran kecil sebelum bapanya itu dipukul dan ditinggalkan di tepi jalan.

Korang salah orang pukul orang tua ni, memang ada berlaku pertengkaran, tapi nak bertengkar sampai keluar anak tekak aku tak kisah. Tapi tu bukan lesen untuk kau nak tolak rembat bapak aku, tu orang rua, dah terbaring merangkak bapa aku tepi jalan tinggal macam tu je, ingat dia binatang ke?

Dia dalam pada itu turut meminta jasa baik orang awam yang melihat kejadian supaya tampil menghubunginya untuk tindakan selanjutnya.

Dalam hantaran itu, Aizal memberitahu kejadian tersebut berlaku di kawasan Kampung Melayu Subang, di hadapan selepas lampu isyarat simpang masuk Seri Cahaya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dikerjakan Geng Basikal Sampai Lunyai, Pukul Warga Emas Dan Tinggal Tepi Jalan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.