Ads Top

Main Ad

Dipanggil Gemuk Oleh Seorang Individu Di IG, Bella Dowanna Tak Berdiam Diri

Pelakon Bella Dowanna enggan berdiam diri apabila dia dipersoal mengenai bentuk tubuh badannya oleh seorang individu di media sosial Instagram.

Advertisement

Difahamkan, Bella ada memuat naik foto yang dikongsikan olehnya di Instagram tersebut sebelum individu tersebut secara terbuka yang mengatakan dirinya sudah gemuk.

Kata-kata itu sekaligus menimbulkan perasaan berang pelakon drama bersiri Anak Tebing itu.

Advertisement

Dia kemudian dilihat membalas kata-kata individu tersebut dan kemudian menyekat akaun tersebut daripad terus mengikutinya di Instagram.

Ujar Bella, jika tiada perkara baik untuk diperkatakan, maka diam lebih baik.

Luahan rasa aktres itu turut dizahirkan menerusi beberapa siri ciapan di media sosial Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memberikan respon pelbagai dengan respon yang diberikan Bella terhadap kritikan tersebut.

Bella DowannaSumber : Instagram Bella Dowanna  

Ada juga yang berpendapat Bella terlebih sensitif dan menasihatkan agar dia mengabaikan sahaja cakap-cakap orang di media sosial.

Perkembangan lain, Bella Dowanna bakal munvul dengna drama siri terbaru berjudul Dendam Malam yang akan ditayangkan di saluran penstriman Tonton.

Selain Bella, antara pelakon yang turut membintangi drama itu adalah seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dipanggil Gemuk Oleh Seorang Individu Di IG, Bella Dowanna Tak Berdiam Diri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.