Ads Top

Main Ad

“Doakan Cik B Dan Kacak Segera Boleh Terajui Empayar ‘Business’ Saya..” – DS Vida

Usahawan kosmetik jutawan, Datuk Seri Vida menzahirkan harapan serta impiannya buat kedua-dua anak kesayangannya iaitu Cik B dan Kacak di Instagram beliau.

Advertisement

Luah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman di akaun media sosialnya itu, dia mengharapkan agar anak-anaknya itu segera mampu menerajui empayar perniagaannya yang telah diusahakan oleh beliau sejak beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, usahawan yang pernah tampil dengan lagu I Am Me itu turut menyifatkan Cik B serta Kacak merupakan anak yang hebat.

Advertisement

Tambahnya lagi, beliau turut mendoakan anak perempuan dan anak lelakinya itu sentiasa menjadi anak soleh serta solehah yang sentiasa berbakti kepada keluarga dan juga masyarakat.

Doakan @cik_havoc66 @kacak_._. segera boleh terajui empayar business saya. Anak-anak mama yang hebat.

Cik B dan Vida

Sekadar info, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin kini sudah berusia 16 tahun manakala Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin berusia 14 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Doakan Cik B Dan Kacak Segera Boleh Terajui Empayar ‘Business’ Saya..” – DS Vida first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.