Ads Top

Main Ad

Dua Tahun Pendam Rindu, Adira Harap Kes Berkurangan Agar Boleh Balik Sabah

Penyanyi, Adira Suhaimi, 30, merindui keluarganya di Ranau, Sabah selepas hampir dua tahun tidak bertemu berikutan penularan pandemik COVID-19 yang berlaku di Malaysia.

Advertisement

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, dia berharap pandemik COVID-19 di negara segera berakhir agar dia dapat pulang untuk bertemu dengan keluarga tercinta.

Sudah dua tahun saya tidak bertemu keluarga. Mungkin sukar nak tunggu pandemik COVID19 berakhir, saya berharap pandemik dapat berkurangan agar saya boleh balik ke kampung halaman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ??????? (@adira.suhaimi)

Penyanyi yang popular menerusi lagu Ombak Rindu dan Takdir Tercipta itu berkata, anak bongsunya yang bernama Anggun itu, belum mempunyai kesempatan bertemu dengan keluarganya di Ranau.

Anggun dilahirkan pada 2019 dan saya mahu tunggu Anggun besar barulah naik kapal terbang, tetapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Anggerik dan Asan sudah pernah berjumpa pada Aidilfitri, tiga tahun lalu.

adira suhaimi dan anak

Dalam perkembangan lain, dia kini lebih fokus pada perniagaannya, Soo Puteh yang diusahakan sejak empat bulan lalu dan akan kembali merakamkan lagu baharu sekitar tahun depan.

Semoga Adira kekal tabah!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Dua Tahun Pendam Rindu, Adira Harap Kes Berkurangan Agar Boleh Balik Sabah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.