Ads Top

Main Ad

‘Ex’ Bertunang Dengan Yonnyboii, Imran Aqil Doa Mereka Bahagia

Tiada angin, tiada ribut, penyanyi rap Yonnyboii Sabtu lalu telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Nik Nazira. Khabar gembira telah dikongsikan penyanyi ini sendiri melalui satu hantaran status di Instagram.

Advertisement

Sementara itu, penyampai radio Hot FM, Imran Aqil yang merupakan bekas kekasih kepada tunang Yonnyboii mengaku terkejut apabila mendapat tahu mengenai pertunangan pasangan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ? ? ? ? ? ? ? ? (@ijeebster)

Kami sebenarnya berkawan bermain ‘game’ bersama, jadi apabila putus cinta pada 9 September lalu, tidak sangka mereka akhirnya mengikat tali pertunangan.

Menurut Imran, walaupun hampir dua tahun bercinta, dia dan Nik Nazira tiada jodoh untuk bersama. Dia memilih untuk tidak lagi mengenang kisah lalu dan ingin terus ke depan.

tunang yonnyboii

Saya doakan mereka berbahagia, cuma buat diri saya, beri sedikit ruang dan masa.

Advertisement

Pelakon Budak Tebing 2 ini walau bagaimanapun mendoakan kegembiraan Nik Nazira dan Yonnyboii yang dijangka berkahwin pada tahun hadapan. Mengakui perit, dia mengambil pendekatan untuk memandang positif setiap aspek.

Imran Aqil merupakan seorang finalis pencarian Hero Remaja 2020. Kini, dia menjadi salah seorang penyampai radio di Hot FM mengendalikan segmen Hotflix yang bersiaran jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post ‘Ex’ Bertunang Dengan Yonnyboii, Imran Aqil Doa Mereka Bahagia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.