Ads Top

Main Ad

“Fazura Tak Marah Ke?” Bergambar Mesra Dengan Fattah Amin, Nelydia Senrose Dikecam

Baru-baru ini, nama pelakon Nelydia Senrose menjadi perbualan hangat netizen apabila dia didakwa bergambar mesra dengan aktor pujaan ramai, Fattah Amin.

Foto yang dimuat naik pelakon Fasha Sandha di laman Instagram itu kemudiannya menjadi tumpuan peminat Fattah yang nampaknya tidak ‘gembira’ dengan tindakan Nelydia itu.

Advertisement

Dalam foto tersebut, Fasha dilihat bergambar dengan Fattah sambil dipegang erat oleh adik kepada Uqasha Senrose itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pula netizen yang mengkritik Nelydia seolah-olah tidak menjaga batas sebagai seorang isteri serta menghormati perasaan isteri Fattah, Nur Fazura.

BACA: Lakonan Mantap Dalam Filem Jebat, Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Dilabel ‘SRK’ Dan Kajol Malaysia

Difahamkan mereka bertiga telah bergandingan bersama bagi menjayakan sebuah drama berjudul Khilaf Asmara.

Malah, ramai juga yang menasihatkan Fasha Sandha supaya lebih berhati-hari memilih gambar untuk dikongsikan kepada umum kerana bimbang timbul pula fitnah dan juga cakap-cakap orang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Fazura Tak Marah Ke?” Bergambar Mesra Dengan Fattah Amin, Nelydia Senrose Dikecam first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.