Ads Top

Main Ad

Fazura Tak Sangka Permaisuri Selangor Berkenan Mengenakan Tudung Jenamanya

Pelakon popular Fazura terharu selepas Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung daripada jenamanya iaitu Tudung Fazura.

Advertisement

Sebelum ini, Fazura juga menerima seutas rantai berlian untuk anaknya Fatima daripada Tengku Permaisuri Selangor. Hadiah itu merupakan kurniaan Tengku Permaisuri Selangor bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.

Fazura, 38, memuat naik beberapa keping gambar melalui Instagramnya yang memaparkan Tengku Permaisuri Selangor berkenan memakai tudung jenama miliknya ketika berangkat hadir ke sebuah majlis penyampaian sumbangan semalam.

Advertisement

Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Saya sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengenakan Tudung Fazura.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu berasa kagum apabila melihat seorang wanita yang berpangkat Permaisuri sudi mengenakan sehelai tudung yang hanya berharga RM27.

Fazura

Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin juga berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan yang baik untuk semua rakyat jelata.

Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang daripada RM30

Hubungan baik antara Tengku Permaisuri dengan Fazura bukan lagi menjadi perkara asing dalam kalangan netizen selepas dia beberapa kali menerima hadiah istimewa daripada Tengku Permaisuri.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Fazura Tak Sangka Permaisuri Selangor Berkenan Mengenakan Tudung Jenamanya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.