Ads Top

Main Ad

Fikry Ibrahim Suruh Isteri Balik Rumah, Khabarnya Dah Lama ‘Menghilang’

Pelakon kacak, Fikry Ibrahim menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya telah mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap sebelum ini.

Advertisement

Fikry memaklumkan bahawa dia lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga tercinta.

Dia yang ditemui sebuah media turut berseloroh mengenai keberadaan ‘isterinya’ itu.

Advertisement

Kalau betul saya kahwin, saya tertanya mana isteri saya sampai hari ni tak balik rumah. Beritahu isteri saya, tolong balik rumah.

Jelasnya lagi, soal cinta dan perkahwinan bukanlah perkara yang menjadi keutamaan buat dirinya pada ketika ini.

Dalam keadaan diri mak saya yang tidak sihat, saya tidak fikir langsung  untuk mendirikan ruamh tangga kerana ia bukan keutamaan.

Dalam pada itu, Fikry turut memberitahu mengenai ciri-ciri gadis impian yang boleh dibuat isteri.

Katanya, dia mengimpikan calon isteri yang boleh menerima dirinya seadanya.

Ujar pelakon drama Kau Yang Pertama ini lagi, dia akan berkongsi kepada semua terutamanya peminat jika sudah ada permaisuri yang telah bertakhta di hatinya kelak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Fikry Ibrahim Suruh Isteri Balik Rumah, Khabarnya Dah Lama ‘Menghilang’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.