Ads Top

Main Ad

Foto Emma Maembong Undang Tanda Tanya, Tutup Ruangan Komen Di Instagram

Tidak lama dahulu, beberapa nama selebriti tanah air telah menjadi bahan bualan netizen berikutan mereka menjalinkan hubungan baik atau berkawan dengan individu yang terpalit dengan kes penggubahan wang haram.

Terbaru, hantaran Instagram terbaru pelakon Emma Maembong turut mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen apabila dia merakamkan foto bersama pasangan yang pernah ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kes tersebut.

Advertisement

Tampil mesra, Emma juga tidak menyatakan lanjut mengenai hubungan sebenar antara mereka malah turut menutup ruangan komen hantaran foto tersebut.

Difahamkan, majlis tersebut diadakan bagi meraikan ‘baby shower’ pasangan tersebut.

BACA: Ke Cameron Highland Atas Urusan Kerja, Emma Maembong Bawa Suami, Anak Dan Pembantu Rumah Ambil Angin

Barangkali tidak mahu mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen, anggap sajalah mereka berkawan baik atau hanya sebagai kenalan rapat.

Bersangka baik sajalah asalkan tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang, itu sudah cukup baik.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Foto Emma Maembong Undang Tanda Tanya, Tutup Ruangan Komen Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.