Ads Top

Main Ad

Gara-Gara Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing, Nazrief Nazri Terus Sunat Anak Usia 2 Bulan

Anak sulung kepada pelakon Nazrief Nazri sebelum ini telah dimasukkan ke hospital berikutan dijangkiti COVID-19 dan juga jangkitan kuman dalam air kencing.

Advertisement

Berikutan itu, Nazrief dan isteri, Aziatul Aqma khabarnya telah mengambil keputusan untuk mengkhatankan bayinya yang kini berusia dua bulan.

Jelas Nazrief, doktor telah menyarankan agar anaknya itu dikhatankan bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman di saluran kencing.

Advertisement

Selepas baby habis kuarantin COVID-19, dia alami demam panas dan dimasukkan ke hospital. Doktor sahkan baby kena jangkita air kencing. Sebab baby pakai diapers, jadi mudah terkena jangkitan air kencing. Jadi atas nasihat doktor khatan adalah salah satu prosedur untuk kurangkan jangkitan.

Dia dalam pada itu memaklumkan bahawa sudah lama berniat untuk berkhatan awal buat anaknya kerana mengikut sunah selain baik untuk bayi sebab akan mempercepatkan proses penyembuhan.

Anak kepada aktor yang digelar sebagai Noah itu sebelum ini telah disahkan positif COVID-19 setelah mengalami demam panas.

Nazrief juga memberitahu bahawa keadaan Noah semakin beransur pulih kurang daripada 24 jam setelah dikhatankan.

Sekadar info, Nazrief dan isteri Aziatul Aqma telah mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 bertempat di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang digelar sebagai Noah pada 19 Julai lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Gara-Gara Jangkitan Kuman Dalam Air Kencing, Nazrief Nazri Terus Sunat Anak Usia 2 Bulan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.