Ads Top

Main Ad

Hadiah Penuh Rumah, Fazura Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-38

Menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 27 September lalu, pelakon jelita Nur Fazura tampil berkongsi momen indah serta longgokan hadiah yang diterima pelakon itu daripada peminat dan juga rakan artis.

Advertisement

Sehubungan itu, ramai peminat menyifatkan isteri kepada pelakon terkenal Fattah Amin itu sebagai seorang yang bertuah dan disayangi ramai.

Perkara tersebut dikongsikan Fazura menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, kelmarin.

Advertisement

Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih buat semua yang sangat murah hati dan penuh kasih sayang kirimkan hadiah sempena hari jadi saya. Ini (hadiah) bukan disebabkan faktor harga atau saiz tapi tanda ingatan ini cukup bermakna buat saya. Daripada sebesar dan semahal bungkusan, sehinggalah seulas coklat, saya ingin mengucapkan terima kasih.

Pelakon filem Dendam Pontianak ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi memberikan tanda ingatan dan mendoakan agar mereka semua sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan rakan artis tampil mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon cantik itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 11 bulan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Hadiah Penuh Rumah, Fazura Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-38 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.