Ads Top

Main Ad

“Hanya Terkilan, Terlalu Banyak Karenah..” Rafiena Hormat Zizi, Cari Pengganti Habiskan Baki Drama

Pengarah drama, Datuk Rafiena meluahkan rasa terkilan apabila dia telah menanggung kerugian besar apabila terpaksa menggugurkan nama penyanyi Zizi Kirana daripada produksi drama Jamu Nesan yang hanya berbaki 30 peratus sahaja lagi.

Advertisement

Ujar Rafiena, dia menghormati keputusan Zizi yang sudah berhijab dan enggan meneruskan penggambaran seperti yang dijadualkan atas sebab-sebab tertentu.

Oleh disebabkan itu, dia telah menggantikan watak Zizi dengan pelakon Didi Astillah yang dirasakan paling sesuai dengan penyanyi lagu EH itu.

Advertisement

Kita faham dia nak bertudung tapi daripada segi kerja dan kontrak, dia sepatutnya perlu habiskan. Awalnya saya minta dia pakai rambut palsu tapi kemudian dia kata hukumnya adalah haram dan saya faham.

Jadi dia kata nak pakai tudung dan saya setuju, walaupun tak tahu nak gambarkan seorang ketua mafia (watak Zizi) bertudung. Saya layankan sebab nak habiskan je..saya fikir artis lain kena tunggu. Jadi sebab tu saya tukar dia dengan Didi Astillah, saya tak boleh nak layan karenah dia lagi.

Jelas pengarah itu lagi, dia berasa sedikit kecewa namun pasrah serta enggan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penyanyi berkenaan.

“Zizi tak ada masalah dengan saya. Dia bagus, attitude dia baik. Saya hormat keputusan dia dan saya tak nak besarkan isu ini dengan ambil tindakan.” ujarnya.

Rafiena juga mendakwa Zizi telah mengambil bayaran sebanyak 50 peratus namun dia tidak meminta sebarang bayaran balik atau ganti rugi kerana enggan dikecam oleh pihak lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Hanya Terkilan, Terlalu Banyak Karenah..” Rafiena Hormat Zizi, Cari Pengganti Habiskan Baki Drama first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.