Ads Top

Main Ad

“Hanya Yang Berumur 18 Tahun Ke Atas Saja Boleh Hadir” – Kugiran Masdo Mohon Maaf

Kumpulan Kugiran Masdo memohon maaf kepada peminat bawah umur 18 tahun yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan persembahan Temasya Buka Panggung di PJPac pada 13 dan 14 November ini.

Advertisement

Penyanyinya Ali Sariah berkata, ia berikutan salah faham berkenaan had umur kebenaran menonton yang ditetapkan. Mereka diberitahu oleh pihak lokasi berkenaan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu hanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan lengkap dua dos vaksin sahaja boleh hadir.

Apabila ada peminat umur bawah 18 tahun yang sudah membeli tiket, Masdo terpaksa minta mereka hubungi pengurus Masdo untuk tindakan lanjut dan cuba berbincang sama ada untuk pulangkan wang semula atau mereka beli terus.

Advertisement

Sekurang-kurangnya, tidaklah mereka rasa rugi beli kerana kita pun tak sangka benda sebegini akan terjadi.

Mengulas sambutan peminat, Ali berkata tiket untuk persembahan pada 13 November, jam 8 malam sudah hampir habis dijual. Mereka berharap tiket untuk persembahan pada 14 November, jam 4 petang akan laris terjual sepertimana hari sebelumnya. Jumlah penonton yang dibenarkan pula sekitar 300 orang saja.

Kugiran Masdo

Kumpulan yang popular menerusi lagu Dinda itu sejujurnya akui berasa rugi, tetapi mereka perlu mengikut SOP untuk kesenangan semua. Mereka takut terjadi apa-apa dan tidak mahu mengambil risiko yang terlalu besar. Lebih baik untuk kumpulan itu ikut saja syarat yang ditetapkan.

Masdo turut berkata mereka teruja untuk membuat show ini selepas hampir dua tahun tidak beraksi. Sebaik sahaja mereka boleh membuat persembahan, mereka mahu berikan sehabis baik untuk peminat yang sekian lama rindukan menonton live show.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Hanya Yang Berumur 18 Tahun Ke Atas Saja Boleh Hadir” – Kugiran Masdo Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.