Ads Top

Main Ad

Harga Cecah Ribuan Sepokok, Acik Ini Tergamak Rembat Pokok Keladi Masjid

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan, ramai pula yang mula menunjukkan minat untuk bercucuk tanam pokok hiasan dan juga sayur-sayuran di halaman rumah.

Advertisement

Ternyata, pokok hiasan juga dapat menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit contohnya jenis pokok keladi yang dipasarkan sekitar RM10 hingga ribuan ringgit bergantung pada jenis dan bakanya.

Pokok KeladiSumber : Google  

Dianggap bernilai bagi penggemar tanaman pokok hiasan, muncul pula kes kecurian melibatkan pokok jenis itu atau lebih dikenali sebagai caladium yang semakin berleluasa dari hari ke hari.

Terbaru, tular di media sosial kes kecurian pokok keladi yang berlaku di sebuah masjid bertempat di Kelantan.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dan wanita telah datang ke masjid pada waktu malam dan kemudiannya mengambil dua pokok jenis itu yang diletakkan di laman masjid.

Advertisement
Meskipun hanya menunggang motorsikal, dua orang individu itu kelihatan bersahaja tanpa rasa bersalah mencuri pokok hiasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa pelik mengapakah pokok keladi tersebut menjadi tumpuan utama pencuri.

Malah, media tempatan ada juga melaporkan kecurian pokok-pokok hiasan seperti jenis Monstera sehingga ada yang kerugian sehingga RM50,000!

Bukan sahaja tabung masjid, nampaknya pokok hiasan pun kena ‘lock’ dah sekarang ni. Macam-macam hal!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Harga Cecah Ribuan Sepokok, Acik Ini Tergamak Rembat Pokok Keladi Masjid first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.