Ads Top

Main Ad

IG Penuh Gambar ***, Nam Ron Terima Gangguan Seksual Gara-Gara Foto Tidak Berbaju

Pelakon versatil, Nam Ron mendedahkan bahawa dia ada menerima kiriman foto berunsurkan gangguan seksual gara-gara gambar tidak berbaju yang dimuat naik olehnya di media sosial.

Advertisement

Ujar Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan,52, dia dihubungi individu tersebut di laman Instagram yang mengatakan sangat meminati lelaki berumur 40 tahun ke atas.

Twitter NamronSumber : Twitter Nam Ron  

Baru dapat gangguan seksual di DM oleh pemilik akaun yang profile description mengatakan ‘I like old man age 40++. Saya syakini semua ada kaitan dengan foto separuh bogel saya semalam.

Terdahulu, Nam Ron ada memuat naik foto dirinya tidak berbaju demi menyahut cabaran penerbit dan stesen televisyen yang memilih pelakon utama berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Cerita Nam Ron lagi, dia ada melihat akaun individu tersebut dan terkejut kerana kandungan media sosial lelaki itu penuh dengan kandungan lucah.

Advertisement

BIla saya pergi ke akaunnya saya dapati banyak gambar lelaki tua tayang anunya. Melayu pun ada. Tolong jangan minta saya share link. Tak sanggup wey!

Sebelum ini, isu bilangan pengikut media sosial dalam kalangan artis pernah dibangkitkan pelakon berbakat besar, Amerul Affendi pada tahun lalu.

Amerul meluahkan kekesalan dengan sikap penerbit dan stesen televisyen yang tidak mahu mengambil dirinya berlakon selagi pengikut media sosialnya tidak mencecah angka 500,000 orang.

Selepas meluahkan pendapatnya itu, ‘followers’ Amerul telah meningkat sehingga ke angka 300,000 orang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post IG Penuh Gambar ***, Nam Ron Terima Gangguan Seksual Gara-Gara Foto Tidak Berbaju first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.