Ads Top

Main Ad

Ikut Jejak Langkah Bapa Bina Badan Dan Fit, Anak Norman Hakim Pun Nak Jadi ‘Sado’

Anak lelaki kepada pelakon Norman Hakim, Muhammad Danish Hakim nampaknya telah mengikuti jejak langkah bapanya itu yang kini giat membina badan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Advertisement

Bapak borek anak rintik, Danish juga sudah mula menunjukkan minat untuk bersenam dan rajin ke gimnasium.

Tampil semakin sasa dan ‘fit’, Danish menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ada memuat naik rakaman perubahan tubuh badan yang semakin ‘sado’.

Ujar Danish lagi, dia turut menggunakan khidmat jurulatih peribadi selain bersama-sama bapanya melakukan latihan dan senaman setiap hari.

Danish dalam pada itu turut berterima kasih kepada individu-individu yang membantunya mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Sekadar info, Danish merupakan anak sulung kepada Norman hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isteri, pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

Advertisement

Selain Danish, mereka juga turut mempunyai dua orang anak perempuan yang lain iaitu Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Norman yang berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 kemudian bercerai enam tahun kemudian sebelum berkahwin kali kedua dengan aktress Memey Suhaiza.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Ikut Jejak Langkah Bapa Bina Badan Dan Fit, Anak Norman Hakim Pun Nak Jadi ‘Sado’ first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.