Ads Top

Main Ad

Jadi Mangsa Produksi Langgar SOP Tak Lengkap Vaksin, Syafie Naswip Dikuarantin

Pelakon Syafie Naswip tampil meluahkan rasa kecewa dan berang apabila dirinya telah menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi yang telah mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) di set penggambaran.

Advertisement

Syafie dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah drama di Kuala Kangsar, Perak namun terpaksa dikuarantin di sebuah hotel setelah menjadi kontak rapat positif COVID-19.

Ujarnya lagi, dia berasa bengang dengan sikap pihak produksi tersebut yang lepas tangan dan tetap mahu meneruskan penggambaran meskipun terdapat kru penggambaran yang tidak sihat.

Advertisement

Saya terkilan apabila mengetahui ada antara kru yang tidak menerima dos lengkap dan menjadi punca jangkitan kepada orang lain, sedangkan pelakon semua mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum masuk set.

Pada 1 Oktober, seorang kru disahkan positif, penggambaran kemudian berhenti sehari untuk swab test tapi produksi tetap mahu sambung penggambaran sehingga keputusan keluar dan beberapa orang lagi disahkan positif. Sehari lepas itu, pihak KKM minta tangguh baru produksi ikut.

Jelas pelakon filem Mukhsin ini lagi, jangkitan itu disebabkan oleh seorang pembantu kru yang masih belum divaksin.

Tambahnya lagi, pihak produksi hanya mahu bertanggungjawab setelah perkara tersebut tular.

Bila KKM suruh kuarantin, mereka tinggalkan artis dan pengurus di hotel..katanya kalau nak terus stay sini mereka tak mahu tanggung kos. Pihak produksi pula ada yang dah selamat balik Kuala Lumpur selepas penggambaran dihentikan.

Dalam pada itu, Syafie turut meminta semua pihak produksi agar mematuhi SOP keran jika dibiarkan ia akan membuatkan industri kreatif akan ditutup semula.

Difahamkan, carian di Instagram menunjukkan Syafie sedang menjalani penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral yang turut dibintangi pelakon Alya Iman, Syafi Tee dan Fauziah Nawi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Jadi Mangsa Produksi Langgar SOP Tak Lengkap Vaksin, Syafie Naswip Dikuarantin first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.