Ads Top

Main Ad

Jejas Imej TUDM, Foto Niezam Berpakaian Juruterbang Diarahkan Diturunkan Daripada Laporan Media

Susulan penahanan pelakon Niezam Zaidi berikutan kes penyalahgunaan dadah, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tampil menafikan penglibatan pelakon berkenaan dalam mana-mana pasukan atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM.

Advertisement

Ini berikutan tular beberapa foto Niezam berpakaian seragam digunakan sebagai gambar rujukan dalam sebuah portal media hiburan, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur dia mana mereka menjelaskan bahawa foto tersebut telah mencalarkan imej dan memberi persepsi negatif terhadap pasukan tersebut.

Advertisement

Berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar beliau berpakaian juruterbang TUDM. Isu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej TUDM.

Menurutnya lagi, Niezam difahamkan telah menggunakan pakaian seragam juruterbang TUDM itu semasa menjalani penggambaran sebuah drama berjudul Gempur Wira.

Sehubungan dengan itu, pihak TUDM telah mengarahkan mana-mana portal hiburan dan blog-blog berita agar tidak mengaitkan pelakon tersebut dengan TUDM dan menurunkan semula gambar yang berkaitan.

Terdahulu, Niezam bersama pengarah Mohd Latiff Zami,49 dan penolong pengarah Saiful Zaidrin Ismail,47, telah ditahan pihak polis dalam sebuah serbuan di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi Ahad lalu.

Hasil serbuan mendapati dadah jenis kanabis seberat 1.45 gram dan methamphetamine seberat 0.38 gram dijumpai bersama-sama tertuduh.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Jejas Imej TUDM, Foto Niezam Berpakaian Juruterbang Diarahkan Diturunkan Daripada Laporan Media first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.