Ads Top

Main Ad

Jenama Sendiri Dah Masuk Mall, Ben Ali Dan Nadiya Shahab Kembangkan Empayar Perniagaan

Selepas tiga tahun beroperasi di dalam talian, jenama popular Absolut Chocolate milik pelakon Ben Ali dan isteri, Nadiyah Shahab nampaknya telah mengembangkan empayar perniagaan mereka ke kedai fizikal pula.

Advertisement

Difahamkan, cawangan stor fizikal pertama itu bertempat di Mid Valley Megamall dan menjadi bukti kelansungan jenama yang dimiliki anak tempatan, sebaris dengan jenama besar lain di pasar raya terkenal itu.

Ujar Ben, tujuan dia dan isteri memasuki pasaran ‘offline’ adalah sebagai strategi unutk keluar dari zon selesa.

Advertisement

Walaupun laluan tidak mudah bagi sebuah jenama yang dikirakan baru untuk pasaran offline seperti kami, saya optimis. Usaha ini juga sebagai langkah permulaan bagi kami untuk membawa nama Absolut Chocolat tidak hanya di Malaysia, bahkan serta dunia.

Meskipun begitu, pemilik nama Nur Ali Nadzwan ini berkata perniagaan secara dalam talian tetap akan diteruskan selain meluahkan rasa syukur kerana jenama perniagaannya itu telah menerima pengiktirafan oleh Superbrand International.

Sementara itu, Nadiyah selaku Ketua Pengarah Eksekutif memaklumkan bahawa akan ada empat lagi kios fizikal di pusat beli belah lain iaitu di Pavilion KL, Sunway Pyramid, IOI Mall Putrajaya dan Sunway Velocity.

Sebagai info, jenama Absolut Chocolat yang berdaftar di bawah Absolut Brands Sdn. Bhd. dan dikendalikan oleh kedua pasangan ini sejak 18 Februari yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Jenama Sendiri Dah Masuk Mall, Ben Ali Dan Nadiya Shahab Kembangkan Empayar Perniagaan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.