Ads Top

Main Ad

“Jika Benar, Semoga Allah Keluarkan Dari Kesulitan” – Pesanan Ustazah Laila Buat Ebit Lew

Sebelum ada pesanan dan nasihat penuh hikmah dari Ustas Amin buat sahabatnya Ebit Lew. Pesanan ini diberikan buat pendakwah bebas Ebit Lew selepas dikaitkan terlibat dalam kes gangguan seksual. Kes itu menjadi lebih kecoh selepas tersebar juga video lucah yang mirip dengan rupa Ebit.

Advertisement

Kes ini bagaimanapun masih dalam siasatan pihak polis dan kita masih menantikan kebenarannya. Disebabkan itu, sahabat-sahabat Ebit dilihat hanya mampu memberikan kata-kata semangat memandangkan mereka juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Jika benar, semoga Allah keluarkan dari kesulitan”

Terbaru, seorang pendakwah wanita, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria turut memberikan pesanan kasih sayang sebagai seorang sahabat kepada Ebit. Ustazah kongsikan pesanan itu di Facebook miliknya dan turut memberi pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Seandainya benar apa yg diperkatakan org tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan2 hidupmu dan kesakitan2 yg kau tanggung sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia kerosakan yg besar.

Seandainya ia merupakan fitnah ke atasmu, semoga Allah menganjarimu dgn sebanyak2 kebaikan yg tak terhitung.

Ustazah Laila menegaskan dia bercakap perkara ini atas kapasiti seorang sahabat baik yang amat mengenali Ebit. Disebabkan itu, dia mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sekiranya tidak mengetahui akar umbinya.

Buat yg tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong dan tidak mengeji. Boleh jd tuan puan menyokong walhal tuan puan sedang menyokong kemungkaran yg tersembunyi.

Dan bilamana tuan puan menuduh org lain membuat fitnah ke atas Ebit Lew, boleh jd tuan puan pula sedang memfitnah org2 tersebut yg menjumpai kebenaran. – Tulisnya.

Mangsa silahlah tampil, anggap satu jihad

Selain itu, Ustazah Laila turut meminta mangsa supaya tampil ke hadapan andai benar perkara tersebut terjadi kerana ia merupakan satu bentuk jihad yang cukup besar buat orang ramai.

Advertisement

This image has an empty alt attribute; its file name is Screenshot-2021-10-03-at-11.01.58-AM.png

Sungguh mendalam pesanan dari Ustazah Laila dan semoga ia dapat membuka mata serta hati kita untuk terhindar dari perkara mungkar. Ustazah Laila meminta kita sama-sama berusaha menyelamatkan diri kita sendiri dan semua saudara seagama dengan kata-kata yang adil serta doa-doa yang baik.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Jika Benar, Semoga Allah Keluarkan Dari Kesulitan” – Pesanan Ustazah Laila Buat Ebit Lew first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.