Ads Top

Main Ad

“Juri Bagi Komen Pun Alahai..” – Thalia Ungkap All Together Now Malaysia Bukan Tempatnya

Penyanyi Thalia yang menyertai program All Together Now Malaysia (ATNM) menyuarakan pendapatnya mengenai hal sebenar yang terjadi di program tersebut di Instagramnya, baru-baru ini

Advertisement

Thalia atau nama sebenarnya Ketty Natalia Rasul Khan berkata, lagu nyanyian kumpulan Guns N’ Roses itu adalah bukan pilihannya dan yang membuat keputusan untuknya menyanyikan lagu tersebut adalah pihak produksi.

Menerusi satu hantaran di Instagram yang dibuat oleh Thalia, dia mendakwa lagu Ziana adalah ‘makanan’nya dan sukar untuknya  membawakan lagu Sweet Child O’ Mine.

Advertisement

Thalia yang juga merupakan bekas peserta program Mentor di TV3 itu turut mengkritik juri yang memberi komen selain secara sinikal mendakwa juri yang tidak bangun ketika peserta sedang menyanyi adalah hebat.

Juri bagi komen pun alahai… apo??

Di dalam hantaran sama, peserta wanita itu turut menyenaraikan juri yang tidak bangun dan memberikan markah seperti Siti Nordiana, Bob Yusof, Kelly Azman, Vanessa, Tanushree Dutta, Lil Milo, AG Coco, Azira Shafinaz dan Suresh.

Thalia ATNM

Dalam pada masa sama, menerusi hantaran lain yang dibuat oleh Thalia di Instagram, dia turut memuat naik video nyanyian salah seorang juri yang tidak bangun iaitu Kelly Azman dengan membandingkan nyanyiannya dengan lagu yang sama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Juri Bagi Komen Pun Alahai..” – Thalia Ungkap All Together Now Malaysia Bukan Tempatnya first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.