Ads Top

Main Ad

“Kalau Ada BF pun, I Tak Akan Tunjuk..” King Coco Tak Mahu Tayang Kehidupan Peribadi

Semakin popular nampaknya King Coco setelah bergelar ibu tunggal sejak kebelakangan ini. Dia juga dilihat sering menjadi bahan bualan netizen terutamanya apabila menyentuh soal cinta dan peribadi.

Advertisement

Pernah digosipkan dengan penyanyi rap Caprice, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail,24, berkata dia kini enggan terlalu menayang kehidupan peribadinya kepada umum.

Jelas Marshaira, jika dia mempunyai teman lelaki sudah pasti perkara itu tidak akan dicanang-canang kepada umum.

Advertisement

Kalau saya ada teman lelaki pun, sudah pasti saya tak akan tunjuk sebab saya mahu ada perhubungan yang privasi, tiada siapa yang tahu. Saya sangat sukakan privasi, saya rasa anda semua tahu yang saya seorang yang tak suka tayang-tayang kebahagian, tayang anak-anak pun saya jarang.

Menjengah ke ruangan media sosial personaliti yang sering berpakaian seksi ini, memang benar Mashaira bukanlah jenis orang yang suka berkongsi perihal keluarga dan peribadi sebaliknya hanya gemar memuat naik serta foto diri sendiri.

Terdahulu, Mashaira mengesahkan dirinya sudah pun bercerai dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor.

Dia yang mendirikan rumah tangga bersama bekas suami pada 1 Januari 2017 itu turut dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kalau Ada BF pun, I Tak Akan Tunjuk..” King Coco Tak Mahu Tayang Kehidupan Peribadi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.