Ads Top

Main Ad

“Kalau Dulu Duduk Di Kerusi Penonton, Kini Saya Pula Buat Persembahan” – Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul yang sering mengikuti persembahan atau konsert di Istana Budaya sejak di bangku sekolah lagi, kini diberi peluang membuat persembahan di pentas berprestij itu sendiri.

Advertisement

Aina  atau nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani berkata dia diberi kepercayaan untuk membuat persembahan sempena Konsert Patriotik Tanah Airku yang bakal berlangsung pada 6 November ini.

Aina Abdul

Aina, 28, mengakui dia agak gementar, tetapi pada masa sama teruja. Kalau dulu sekadar menyaksikan konsert dari kerusi penonton, tetapi kini dia pula yang menghiburkan penonton di Istana Budaya.

Saya juga bimbang sebab sudah lama tidak buat persembahan berskala besar yang membabitkan penonton. Namun saya akan cuba berikan yang terbaik pada konsert ini nanti.

Penyanyi lagu Sumpah itu menjanjikan sebuah persembahan istimewa pada malam konsert itu nanti.

Advertisement

Konsert itu sepatutnya diadakan pada Ogos lalu sempena bulan kemerdekaan, tetapi terpaksa ditunda disebabkan pandemik Covid-19.

Selain Aina, ramai lagi artis yang akan membuat persembahan di konsert itu seperti penyanyi Syamel, Ernie Zakri, Fitri Hiswady dan Hairi Safwan serta pendeklamasi puisi, Ahmad Shukri Abdullah.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kalau Dulu Duduk Di Kerusi Penonton, Kini Saya Pula Buat Persembahan” – Aina Abdul first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.