Ads Top

Main Ad

“Kalau Masih Hidup, Mereka Dah 20 Tahun..” Dibenarkan Merentas Negeri, Vida Ziarah Pusara Anak-Anak

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida khabarnya telah mengambil peluang kebenaran merentas negeri yang diberikan kerajaan untuk menziarahi pusara dua orang anaknya iaitu Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikri.

Advertisement

Ujar Vida, ini merupakan kali pertama dia berpeluang untuk menziarahi pusara kedua anaknya itu sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Momen-momen sayu itu turut dikongsikan Vida menerusi sebuah hantaran video pendek di Instagram miliknya, semalam.

Advertisement

Sewaktu itu mereka 10 tahun dan 11 tahun, dah 8 tahun mereka takde, dan mereka dikebumikan dalam satu liang lahad. Jadi, inilah rentas negeri pertama saya, daripada tak boleh datang ke kawasan kubur, alhamdulillah hari ini boleh datang. Anak saya sangat hebat, dua-dua orang ni ahli syurga tertinggi Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikri.

Tambahnya lagi, jika kedua permata hatinya itu masih hidup sehingga ke hari ini, usia mereka sudah pun mencecah 20 tahun.

Vida juga sempat menceritakan saat-saat kejadian meragut nyawa anak-anaknya itu yang masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini.

Pemergian mereka umpama saya pun turut ‘pergi’. Tiga bulan saya gagah bangkit melawan kesakitan kehilangan orang yang tersayang yang pergi tak kembali. Anak-anak syurga saya ini sedang menunggu saya di sana untuk kembali bersatu. Tunggu mama dan doakan mama.

Terdahulu, Allahyarham Eddie dan Edrie dilaporkan meninggal dunia dalam sebuah kebakaran yang berlaku di rumah teres dua tingkat pada tahun 2013 di mana keduanya telah ditemui tidak bernyawa di dalam bilik air.

Dalam tragedi itu, seorang pekerja Vida turut terkorban dan dikebumikan di kampung halamannya di Bota, Perak.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kalau Masih Hidup, Mereka Dah 20 Tahun..” Dibenarkan Merentas Negeri, Vida Ziarah Pusara Anak-Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.