Ads Top

Main Ad

“Kalau Tak Boleh Terima Tekan Saja Butang ‘Unfollow'” – Aedy Ashraf

Pelakon Aedy Ashraf mengakui apa yang dikongsinya di media sosial itu adalah diri sebenarnya dan berasa tidak perlu menjadi hipokrit di media sosial semata-mata untuk menjaga dan memuaskan hati orang lain.

Advertisement

Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Zaedy Ashraf Rosmadi berkata dia lebih suka tunjukkan gaya hidup sendiri macam mana orang nampak dirinya di Instagram, begitulah dia di luar. Kalau dia pakai seluar pendek di Instagram, memang dia suka pakai seluar pendek di luar.

Aedy Ashraf

Aedy, 28, menjelaskan jika ada orang nak mengata, dia tidak boleh buat apa-apa kerana dia tidak mahu menjadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain. Aedy mengakui dirinya tidak sempurna, ada kesalahan dan ada perkara tak betul yang dibuat.

Sudah tentu sebagai manusia saya nak menjadi yang baik dan sempurna, tapi ia pasti ambil masa dan lalui proses yang betul.

Pelakon yang bakal muncul dalam drama Kisah Cinta Kita itu berkata mereka yang tidak menyukai apa yang dikongsikan berhak untuk tidak mengikutinya di Instagram.

Advertisement

Aedy mengakui dia bukanlah seorang yang baik sampai tak buat salah langsung. Dia hanya manusia biasa yang sedang membesar dan melihat hidup dari segi perspektif seorang remaja yang sedang membesar dan itu normal baginya.

Sebelum ini, Aedy sering memuat naik foto tidak berbaju di media sosial Instagramnya, perkara tersebut menjadi perhatian netizen dan ada juga yang tampil memberi nasihat mengenai soal aurat dan sebagainya.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kalau Tak Boleh Terima Tekan Saja Butang ‘Unfollow'” – Aedy Ashraf first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.