Ads Top

Main Ad

“Kau Ni Nak Tanya Ke Nak Sakitkan Hati? Sering Diaju Soal Anak, Izzue Islam Stres dan Tertekan

Pelakon dan juga penyanyi, Izzue Islam mengakui dirinya berasa tertekan apabila ramai yang sering bertanyakan mengenai soal anak terhadap dirinya.

Advertisement

Izzue Islam yang ditemui ketika program bual bicara Wanita Hari Ini di TV3 berkongsikan mengenai perkara itu ketika membincangakan topik bertajuk ‘Anak Penentu Bahagia’ bersama penonton.

Ujarnya lagi, kehadiran anak dalam rumah tangga tidak dinafikan dapat menjadi tambahan kebahagiaan serta keceriaan dalam sesebuah rumah tangga.

Advertisement

Pada awalnya, memang ada rasa stres bila balik kampung jumpa kawan-kawan, kita dah 3-4 tahun kahwin, kawan baru sahaja dah dapat anak. Bila ada yang bertanya tu memang tak nafikan ada rasa stres, kecil hati juga kadang-kadang tu.

Ada yang tanya serius memang nak tahu kita bila nak dapat, tapi ada juga yang kadang-kadang bertanya tu boleh menyakitkan dan mengguris hati kita.

Namun begitu, dia da isteri sentiasa bersikap positif serta rasional apabila berhadapan dengan soalan seperti itu.

Jadi kami memang kena positif, macam mana cara kita jawab pertanyaan tu pun kena positif supaya orang tu tak rasa yang kita stress. Jangan tunjuk kat orang yang kita stres dan walaupun kami berdua belum dikurniakan cahaya mata, kami bahagia Alhamdullilah.

Sekadar info, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Bin Mazlan telah mendirikan rumah tangga bersama isteri kesayangan, Awin Nurin pada 2 Jun 2013 yang lalu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kau Ni Nak Tanya Ke Nak Sakitkan Hati? Sering Diaju Soal Anak, Izzue Islam Stres dan Tertekan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.