Ads Top

Main Ad

“Kau Yang Positif Dadah..” Fara Mendoza Bidas Tuduhan Dirinya Terlibat Kes Pelacuran Dan Dadah

Personaliti media sosial yang dahulunya bergelar pelakon, Fara Mendoza tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai dia ada terlibat dalam kes pelacuran dan dadah seperti mana yang ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

Advertisement

Jelas Fara, video tersebut bukanlah berkaitan dengan isu yang menjadi bahan bualan netizen namun hanyalah kesalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kehadiran ke kelab malam sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fara Mendoza (FM) (@fara_mendoza)

Perkara tersebut dimaklumkan Fara menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Berani kerana benar. Tak ada kena tangkap manamana kes pelacuran dan dadah. Hanya kesalahan langgar SOP pergi ke kelab dan video yang tular adalah semasa jalan keluar kelab balik ke rumah. Selepas urin negatif, dibenarkan pulang ke rumah.

Tambahnya lagi, dia berasa hairan apabila ada sesetengah pihak yang cuba memfitnahnya dengan mendakwa dia terlibat dalam kesalahan melacur dan mendadah.

Advertisement

“Sedarlah diri kau yang positif dadah, kenapa nak fitnah aku pulak. Tak apalah, pembalasan Allah terhadap mu menyusul..” kata Fara dalam hantaran video pendek tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Fara menasihatkan agar dia bersabar dengan fitnah tersebut.

Malah ada juga yang menyarankan agar Fara memfailkan saman fitnah terhadap pihak yang tidak bertanggunjawab itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kau Yang Positif Dadah..” Fara Mendoza Bidas Tuduhan Dirinya Terlibat Kes Pelacuran Dan Dadah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.