Ads Top

Main Ad

“Kehadiran Saya Di Parlimen 100%” – Bercuti Di Langkawi, Syed Saddiq Minta Izin Penduduk Muar

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman meminta izin kepada penduduk kawasannya di Muar untuk pergi bercuti di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Advertisement

Menerusi Instagramnya, Syed Saddiq ada berkongsi beberapa buah hantaran gambar menunjukkan dirinya sedang melakukan aktiviti di Langkawi untuk tatapan umum dan difahamkan beliau akan pulang pada hari ini, Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Kehadiran saya di Parlimen 100%. Saya minta izin orang Muar untuk saya #cuticutiMalaysia sampai hari Rabu. Pejabat saya masih ON!

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, beliau turut memalkumkan pejabat miliknya serta pusat bantuan yang didirikan akan terus beroperasi walaupun dia sedang bercuti.

Syed Saddiq

Meninjau di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat bercuti dan bergembira disana buat bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 50,000 tanda suka daripada pengikut-pengikutnya di Instagram.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kehadiran Saya Di Parlimen 100%” – Bercuti Di Langkawi, Syed Saddiq Minta Izin Penduduk Muar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.