Ads Top

Main Ad

Kejadian Campak Duit Buat Netizen Dakwa Iqbal Anak Menteri, Rupa-Rupanya Anak…

Sejak usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan warganet kerana video dirinya mencampak duit dan menayang kemewahan, timbul pelbagai persoalan mengenai sumber kekayaan yang dimilikinya.

Advertisement

Kebanyakkan pihak mula mempersoalkan aliran kewangan hingga boleh berbelanja mewah seperti yang ditayangkan oleh Iqbal di akaun media sosialnya.

Lebih mengejutkan lagi, apabila tiba-tiba sahaja tular petikan video rakaman dari pihak mStar yang diedit semula dengan kapsyen yang mendakwa jejaka itu merupakan anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Advertisement

Namun apabila disemak dengan lebih teliti, dakwaan itu timbul hanya kerana secara kebetulan ahli politik itu mempunyai anak lelaki bernama Tengku Iqbal Munawwir.

Iqbal turut mengakui terkejut dengan dakwaan yang tular di media sosial itu dan berkata beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ahli politik terbabit.

Pihak mStar menjawab persoalan orang ramai dengan memberikan info latar belakang usahawan itu dan sebenarnya bapa Iqbal, Zulkefli Dollah merupakan seorang guru serta imam di Masjid Pasir Mas. Bapanya mendapat pendidikan pada peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.

Sewaktu belajar, Iqbal meraih pendapatan sehingga RM13,000 sebulan dengan melakukan pelbagai kerja sambilan termasuk menulis artikel, menyunting video dan pemasaran. Selepas diberhentikan kerja oleh Vida sebagai pembantu peribadi, Iqbal memulakan perniagaannya sendiri iaitu serum dan minyak wangi dengna bermodalkan RM500.

Jadi begitulah kisah Iqbal mampu meraih pendapatan sebanyak itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kejadian Campak Duit Buat Netizen Dakwa Iqbal Anak Menteri, Rupa-Rupanya Anak… first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.