Ads Top

Main Ad

Kes Gangguan Seksual, Ebit Lew Dan Isteri Dipanggil Ke Bukit Aman

Pendakwah dan aktivis kemanusiaan, Ebit Lew khabarnya telah dipanggil polis hadir ke Bukit Aman untuk diambil keterangan pada hari Jumaat yang lalu.

Advertisement

Difahamkan, turut diminta hadir ke balai polis tersebut adalah isteri Ebit Lew.

Abd Jalil HassanSumber : Google  

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Menurut Abd Jalil, Ebit Lew dan isteri dipanggil membantu siasatan bagi kes gangguan seksual yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Advertisement

Polis mengesahkan bahawa pendakwah tersebut dan isterinya telah dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan.

Dalam pada itu, Abd Jalil menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan dan spekulasi yang boleh menyebabkan provokasi kerana kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Ebit Lew dan isteriSumber : Google  

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila video tidak senonoh serta tangkap layar perbualan yang dipercayai Ebit Lew bersama seorang wanita tular.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki mirip Ebit sedang melakukan aksi tidak sopan di atas katil.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kes Gangguan Seksual, Ebit Lew Dan Isteri Dipanggil Ke Bukit Aman first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.