Ads Top

Main Ad

Kini Bergelar Guru Di Sebuah Sekolah Di Sri Petaling, Ramai Nak Jadi Anak Murid PU Riz

Pelakon dan juga pendakwah bebas, PU Riz khabarnya akan memulakan tugasnya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling pada minggu hadapan.

Advertisement

Suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu mengumumkan mengenai perkara itu ketika majlis penyerahan lima projektor LCD kepada sekolah berkenaan, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail,26, turut berkongsikan momen-momen penyerahan barangan berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM15,000 di Instagram.

“My students! Form 2 and Form 1 see you next week!” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tidak menyangka Haris adalah merupakan seorang guru sebelum ini.

Malah ada juga yang berseloroh mengatakan ingin menjadi pelajar Haris dan berpindah sekolah. Amboi!

Sekadar info, Haris merupakan guru sementara semenjak daripada tahun lalu dan mengajar subjek bahasa Inggeris.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Kini Bergelar Guru Di Sebuah Sekolah Di Sri Petaling, Ramai Nak Jadi Anak Murid PU Riz first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.