Ads Top

Main Ad

“Kita Lebih Disarankan Untuk Berkongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan” – Neelofa

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa masih mahu peminat berteka-teki mengenai status kehamilannya dan tidak merancang untuk membuat pengumuman mengenai hal itu.

Advertisement

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor mengakui dirinya takut untuk mengulas lanjut mengenai perkara ini dan hanya menyerahkan kepada orang ramai untuk menilai sendiri keadaan dirinya jika bertemu di luar.

Baru-baru ini, ketika saya bercuti di Langkawi bersama suami, saya bertemu dengan ramai peminat. Mereka boleh menilai sendiri keadaan saya.

Terdahulu, desas-desus mengenai kehamilan Neelofa bertiup kencang semenjak akhir-akhir ini. Neelofa turut memohon doa semua jika ada pihak bertanyakan mengenai perihal kehamilan.

Saya nak cakap lebih-lebih pun takut. Saya perlukan doa yang baik, kata-kata yang positif. Perkara ini sangat sensitif, ada sesetengah orang anggap ia biasa, orang lain pula ia sensitif.

Pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu turut berkongsi mengenai bab kehamilan atau mendapat cahaya mata lebih disarankan untuk berkongsi mengenai kelahiran berbanding kehamilan, itu lebih baik.

Noor Neelofa

Neelofa yang berkata dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik kepada peminat-peminatnya. Menurutnya lagi, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang buruk untuk disorakkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Kita Lebih Disarankan Untuk Berkongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan” – Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.




Powered by Blogger.